AMARAN!

BLOG INI MUNGKIN MENGUBAH CARA
ANDA BERFIKIR TENTANG ANAK ANDA

Sunday, July 11, 2010

BrainXtrainer 5 : Home Edition


TERKINI !


SEBUAH PROGRAM YANG
DISOKONG OLEH :


ADAKAH PRESTASI DAN POTENSI
OTAK ANDA DAN ANAK ANAK ANDA
BERADA DI TAHAP YANG MEMUASKAN?


Professor Dr. Othman bin Dato' Hj. Mohamed
Research & Development Head



Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar
Vice Consultant



MEMPERKENALKAN :


BRAIN X-TRAINER 5




Inovasi terkini untuk latihan minda yang sempurna. Strategi mudah &
berkesan untuk memantapkan pembelajaran serta
meningkatkan pencapaian!


APA ITU BRAIN X-TRAINER

Brain x trainer merupakan perisian latihan simulasi latihan minda, dibuat kajian dan dibangunkan dengan kerjasama Ahli Akademik, Doktor Perubatan, Pakar Psikiatri dan juga jurutera perisian dengan 1 matlamat iaitu untuk menyediakan 1 alat yang mudah digunakan yang menggunakan cara cara yang sudah terbukti berkesan untuk meningkatkan tahap pemikiran kita. Melalui kajian menyeluruh yang dibuat, latihan otak seperti penyelesaian masalah matematik, ujian memori, ujian warna dan juga puzzle, telah terbukti merupakan cara yang paling efektif. Ianya telah diolah menjadi satu perisian yang mencabar dan juga menghiburkan untuk seisi keluarga!


Contoh Modul Latihan


Puzzle Twist
Untuk Meningkatkan Daya Kreativiti dan Ketabahan serta Penyelesaian Masalah


Word Magic
Untuk Menambah Kekuatan Daya Ingatan dan Konsentrasi


Quickmaths
Konsentrasi dan Kepantasan bertindak, Koordinasi deria badan


Memory Matric
Kekuatan Ingatan dan Jangkauan

Color Match
Penumpuan, Konsentrasi, Kejituan dan Keanjalan


Kenapa latihan minda?

Pakar mendapati jika kita mengambil masa 10-15 minit sehari membuat latihan mudah seperti penyelesaian masalah matematik (Math Problems),padanan warna (Color Matching), ujian ingatan (Memory Test) dan juga Puzzle Twist boleh meningkatkan kecekapan minda sekaligus menyerlahkan prestasi yang terbaik di dalam setiap kerja harian. Jenis jenis latihan ini sebenarnya menyebabkan sel-sel otak kita menjadi sihat dan bertambah kuat.

Brain X Trainer mengandungi permainan seperti modul modul latihan otak yang menarik dan senang. Ia membantu kanak kanak dan orang dewasa untuk memantapkan tahap konsentrasi, ingatan yang lebih kuat, cepat membuat keputusan, mengurangkan tekanan, tidak mudah lupa dan memudahkan proses pembelajaran.

Ini merupakan kaedah interaktif yang menghiburkan untuk seisisi keluarga !


Kejayaan akademik.

Kajian mendapati Cognitive Skill memainkan peranan yang amat penting dalam kejayaan dalam akademik. Pengguna Brain X Trainer menunjukkan peningkatan Cognitive Skill diantara 50% dan 80%

Kajian akademik mendapati cara yang digunakan dalam Brain X Trainer 5 merupakan satu satunya latihan minda yang telah terbukti berkesan untuk meningkatkan fungsi eksekutif (Ingatan, Kesedaran dan Penyelesaian Masalah) dalam 40% dalam masa hanya 21 hari membuatkannya 'vitamin' yang amat berkesan untuk sesiapa sahaja dan terutamanya bagi mereka yang bakal menghadapi ujian dan peperiksaan seperti UPSR, PMR, SPM, STPM, Peperiksaan Universiti dan Ujian IQ.


SUKAR UNTUK BELAJAR?

Kini Ahli Psikologi dan Pakar Pembelajaran mendapati ibu bapa dan kanak kanak sendiri sebenarnya tidak lagi perlu bimbang tentang kesukaran untuk belajar.
Kebiasaannya, kesukaran untuk belajar mempengaruhi kebolehan kanak kanak tersebut untuk menunjukkan prestasi yang terbaik di sekolah kerana mereka didapati lemah dalam Cognitive Skill seperti Penumpuan Perhatian, Ingatan, Penyelesaian masalah dan Kecekapan Memproses Maklumat.

Brain X Trainer amat menepati kerana telah direka untuk menguji dan menguatkan cognitive skill masing masing dan membolehkan proses pembelajaran lebih pantas dan mudah. Otak boleh dan mampu bertindakbalas untuk ransangan yang bersesuaian dan ini sekaligus meningkatkan tahap kemampuan dan menjamin kejayaan anak anak dalam pelajaran untuk jangka masa yang panjang.

Brain X Trainer telah digunakan secara saintifik dan telah membuktikan permainan seperti latihan minda dan latihan yang dibangunkan dengan kerjasama ahli psikologi kognitif dan neurologist membolehkan Rangsangan Minda untuk menambah kadar pembentukan sel otak dan juga menguatkan kadar perhubungan neuron.


FAEDAH SEGERA!

  • Ingatan yang lebih baik
  • Gerakbalas yang lebih pantas
  • Penumpuan yang lebih baik
  • Pemikiran yang lebih fokus
  • Penyelesaian masalah secara kreatif
  • Peningkatan keyakinan dan swadiri



DIUJI DAN TELAH TERBUKTI!

Terlibat dalam latihan minda dengan bermain permainan ujian minda Brain X Trainer dalam hanya 10 ke 15 minit sehari, anda akan mendapati keputusan yang menakjubkan dalam masa 21 hari!

Masa yang ideal untuk menggunakan Brain X Trainer ialah pada sebelah pagi selepas sarapan pagi atau sebelum membuat ulangkaji pelajaran atau kerja di rumah.

* Keputusan mungkin bebeza untuk setiap individu.
* Berdasarkan ujian makmal yang dijalankan selama 21 hari keatas individu yang lemah dari segi prestasi akademik dan juga prestasi otak yang sederhana.


TESTIMONI DAN APA KATA IBU BAPA

" Anak saya sangat aktif dalam sukan dan banyak menghabiskan masa melakukan ulangkaji di rumah walaupun sewaktu menghadapi peperiksaan. Ketika dia mengambil Peperiksaan Percubaan UPSR dia mendapat keputusan 1B, 2C dan 2D. Sebagai ibu bapa kami bimbang dia akan mungkin hilang minat untuk belajar . Suami saya telah membeli perisian Brain X Trainer dan meminta saya untuk mengajar anak saya untuk menggunakannya. Ia begitu senang untuk digunakan, hanya 1 bulan sebelum peperiksaan akhir UPSR, anak saya bermain modul tersebut selama 15 minit dan menjalankan ulangkaji pelajaran hanya 1 jam sehari sebagai persediaan menghadapi UPSR. Amat mengejutkan, dia telah mendapat 5A dalam UPSR. Sekarang dia sudah belajar di tingkatan 1 dan terus menggunakan program tersebut sebagai aktiviti harian. Brain X Trainer memang amat membantu dalam perkembangan aktiviti sukan dan akademiknya".

Puan Kamariah 37, Penang


"Amat merisaukan untuk melihat anak saya yang bakal menduduki SPM pada tahun ini berusah bersungguh sungguh namun masih tidak dapat menunjukkan prestasi yang baik di sekolah. Dia mempunyai masalah dalam subjek matematik dan juga bahasa. Selepas mengikuti dan membuat latihan Brain X Trainer selama sebulan dia telah menunjukkan perubahan yang ketara dalam pelajarannya. Guru-guru di sekolah dan juga pusat tuisyen juga dapat melihat peningkatan ini. Saya begitu gembira."

Puan Diane 46, Kuala Lumpur


"Perkara pertama yang saya buat di tempat kerja pada waktu pagi ialah bermain dengan modul permainan Brain X Trainer, saya telah menggunakannya sejak 2 bulan dan saya mendapati daya tumpuan dalam menjalankan kerja seharian telah meningkat daripada sebelumnya. Sekarang, semua kakitangan di pejabat juga menggunakan perisian ini. Latihan minda menggunakan Brain X Trainer telah menjadi satu kewajipan dan semua kakitangan mendapat hadiah berdasarkan penilaiain brain X trainer. Ia merupakan satu perisian yang hebat untuk meningkatkan produktivit pejabat dan syarikat."

En Abdul Rahman 50, Selangor


"Sejak kebelakangan ini saya berasa risau kerana tindakbalas refleks saya tidak seperti dahulu lagi. Saya suka memandu dan telah memandu sejak lebih 50 tahun. Saya tahu saya tidak secekap seperti dulu dan oleh itu saya begitu gembira kerana telah menemui Brain X Trainer. Saya telah berlatih menggunakan modul QuickMaths dan ColorMatch seperti disarankan. Program penilaian yang diertakan begitu baik kerana dapat menilai tahap peningkatan saya dalam menjalani kesemua modul dengan mudah. Sekarang saya menjadi seorang yang sangat konfiden apabila memandu kerana kecekapan saya dalam pemanduan boleh dikatakan balik seperti asal"

CJ Ravaghan 72, Kuala Lumpur



APA KATA PAKAR?

Sekiranya seseorang itu mengalami masalah memberikan tumpuan atau pembelajaran, bimbingan atau latih tubi serta amalan yang diguna pakai dalam dunia akademik sering kali tidak berkesan. Prinsip asas latihan kognitif minda adalah bagi membantu meningkatkan keupayaan teras dan kawalan swadiri yang diperlukan bagi membolehkan seseorang individu berjaya dalam bidang akademik"

Profesor Dr.Othman bin Dato' Hj Mohamed, B.A (Malaya).M.Ed.Ph.D(Ohio)
Profesor di UPM dan Kaunselor berdaftar
Ahli Kumpulan Penyelidik Brain X Trainer



"Kanak-kanak perlu mengasah keupayaan minda untuk berjaya dalam pelajaran. Latihan minda merangsang peningkatan dan memperbaiki aktiviti sel otak secara beransur-ansur. Proses ini membawa kepantasan memproses yang lebih baik, meningkatkan daya ingatan, perhatian, pembawaan diri dan kawalan mood."

Dr.R.S.Dharan, Duta Lembaga Perubatan Anti Penuaan Amerika (American Board of Anti-Aging Medicine)
Lembaga Doktor Bertauliah Amerika (American Board Certified Physician-ABAARM)
Ahli Kumpulan Penyelidik Brain X Trainer


Kajian yang dilakukan oleh Learning and Teaching Scotland (LTS) yang melibatkan 600 orang murid selama 90 hari, telah membuktikan latihan minda berasaskan komputer mampu meningkatkan daya tumpuan dan kelakuan.

Keputusan kajian :
  • Peningkatan Skor Keseluruhan sebanyak 58%
  • Masa untuk menghabiskan ujian menurun sebanyak 5 minit
  • Kehadiran dalam kelas meningkat sebanyak 80%
  • Peningkatan harga diri dan keupayaan

Kenapa Brain X Trainer

  • Murah dan berkualiti , hanya RM 159.90 atau RM26.50 seumur hidup seorang.
  • Pertama di Asia dan ke 4 di dunia.
  • Mudah, hanya 10 -15 minit sehari
  • Dipelopori oleh pakar tempatan, termasuk Prof Dr Othman (UPM)
  • Mesra pengguna, untuk pelbagai generasi
  • Penyelidikan dan penambah baikan berterusan oleh syarikat.
  • Cepat berkesan dan banyak testimoni.
  • Pasaran yang luas tanpa saingan.
  • Program khusus untuk Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Disokong oleh Majlis Guru Besar Malaysia.
  • Disokong oleh Persatuan Ibubapa Guru Malaysia.
  • Disiarkan di TV3, ASTRO, Akhbar Berita Harian, Sinar , Star dsbnya
  • Manfaat kesihatan terutama berkaitan dengan kesihatan otak Brain / Mind BOOSTER



DAPATKAN SEGERA DENGAN HANYA:
RM 159.90 1 SET

KEGUNAAN UNTUK JANGKA MASA LAMA
1 SET UNTUK 6 PENGGUNA
PERCUMA UPDATE & UPGRADE TERBARU
50% DISKAUN UNTUK PRODUK AKAN DATANG


Dapatkan Segera Untuk Manfaat Seisi Keluarga!